Bank Digital Islamik Pertama di Malaysia
1758
Sejarah AEON bermula pada 1758 apabila Okadaya iaitu pelopor terdahulu sebelum dikenali sebagai AEON, ditubuhkan di Bandar Yokkaichi, Wilayah Mie.
1969
Pada 1969, Okadaya digabungkan dengan Futagi di Wilayah Hyogo dan Shiro di Wilayah Osaka, lantas membentuk Jusco Corporation dengan matlamat untuk memodenkan industri peruncitan. Kumpulan tersebut kemudiannya menerokai perniagaan membabitkan pusat beli-belah di pinggir bandar, melancarkan perkhidmatan kewangan dan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai peruncit di seluruh Jepun.
pertengahan 1980-an
Pada pertengahan 1980-an, Kumpulan tersebut meluaskan rangkaian perniagaan ke Malaysia, Hong Kong dan Thailand sekali gus merangsang pertumbuhan global.
1989
Pada 1989, Kumpulan AEON dijenamakan semula daripada Kumpulan JUSCO kepada Kumpulan AEON.
2001 - 2008
Pada 2001, JUSCO Co., Ltd. menjadi AEON Co., Ltd. yang menjadi syarikat pegangan mutlak pada 2008.
Hari Ini
Kumpulan AEON kini berdiri teguh sebagai peruncit terbesar di Asia dengan pendapatan operasi terkumpul sebanyak ¥9 trilion.

Tomokatsu Yoshitoshi
Pengerusi & Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Nirmala Doraisamy
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Wan Rumaizi Wan Husin
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Ho Chai Huey
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Shunsuke Shirakawa
Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas

Daisuke Maeda
Pengarah Eksekutif Bukan Bebas
Kempen
AEON Bank Tawar Ganjaran Bonus Merdeka Untuk Transaksi DuitNow QR
Demi mencipta nilai bermakna dan menggandakan manfaat perbankan digital kepada rakyat Malaysia, AEON Bank, bank digital Islamik pertama di Malaysia telah melancarkan kempen Bonus Merdeka, bersempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2026.
Aug 26, 2026
Korporat
Menghargai Wira Negara : AEON Bank Membolehkan Pendaftaran Perbankan Digital Dengan Kad MyTentera
AEON Bank, bank digital Islamik pertama di Malaysia telah mengumumkan pengamiran Kad Pengenalan MyTentera dalam proses pengesahan eKYC dan pendaftaran aplikasi perbankan digitalnya.
Jul 30, 2026
Kempen
AEON Bank Biz Memacu Pertumbuhan Perniagaan dengan Pembiayaan Patuh Syariah Term Financing-i dan Working Capital Financing-i
AEON Bank (M) Berhad, bank digital Islamik pertama di Malaysia, telah memperluaskan fasiliti pembiayaannya dengan memperkenalkan Term Financing-i dan Working Capital Financing-i di bawah segmen Perbankan Perniagaan, AEON Bank Biz.
Jun 30, 2026


Penyata kewangan suku tahunan
2024

Penyata kewangan tahunan
2024






