https://assets.aeonbank.com.my/banner_sm_f2f1f9c33b.png
Keselamatan
Melindungi kewangan anda setiap masa
Kami komited untuk memastikan dana anda selamat dan terjamin
Melindungi wang anda
Berikut adalah cara kami memastikan wang anda selamat

AEON Secure

Image
hovericon

Lapisan pengesahan tambahan ini memastikan hanya anda yang boleh meluluskan transaksi dalam talian

Dipaut pada peranti anda

Image
hovericon

Mengelak akses tanpa izin untuk memastikan akaun hanya boleh digunakan oleh anda

100% kawalan kad

Image
hovericon

Tetapkan had, nyahaktif transaksi—segala tetapan kad di hujung jari

Privasi terjamin, akses terkawal

Image
hovericon

Lindungi akaun dengan pengesahan biometrik dan PIN keselamatan

Tips keselamatan
Hanya guna aplikasi rasmi AEON Bank

Hanya guna aplikasi rasmi AEON Bank

dari Apple App Store / Google Play Store. Jangan muat turun aplikasi (fail APK) dari sumber lain

Jangan kongsi maklumat log masuk anda

Jangan kongsi maklumat log masuk anda

Jangan kongsikan ID pengguna, kata laluan, PIN keselamatan, OTP dan maklumat sensitif lain dengan sesiapa

Kerap pantau transaksi anda

Kerap pantau transaksi anda

Jika terdapat sebarang ralat atau transaksi yang mencurigakan, laporkan kepada bank dengan segera

Waspada dengan panggilan & e-mel mencurigakan

Waspada dengan panggilan & e-mel mencurigakan

Pihak berkuasa dan agensi kerajaan tidak akan menelefon atau menghantar e-mel untuk meminta pindahan wang untuk melakukan siasatan

Gunakan kata kunci yang selamat

Gunakan kata kunci yang selamat

Pastikan kata laluan anda unik dengan menggunakan kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol

Lindungi peranti anda

Lindungi peranti anda

Aktifkan pengesahan multi-faktor (MFA), kemas kini aplikasi dan elakkan daripada mengguna aplikasi atau sambungan internet yang mencurigakan

"Mobile Security Platform"
Lindungi akaun anda dengan teknologi perisaian 24/7

"Mobile Security Platform" kami memastikan peranti dan data perbankan anda dilindungi melalui:

Pengesanan & pencegahan ancaman yang canggih

Pengesanan & pencegahan ancaman yang canggih

Untuk memastikan pengalaman perbankan digital anda kekal selamat dan terjamin, teknologi perisain MSP kami secara proaktif mengesan dan mencegah ancaman keselamatan, termasuk pecah sekat (jailbreaking), pengakaran peranti (rooting), dan pengubahsuaian tanpa izin

Amaran keselamatan & perlindungan akses masa nyata

Amaran keselamatan & perlindungan akses masa nyata

Jika peranti dikompromi, anda akan segera dimaklumkan, dan akses kepada aplikasi akan disekat buat sementara untuk mencegah akses tanpa izin dan kebocoran data

Keselamatan dipertingkatkan untuk pengalaman lancar

Keselamatan dipertingkatkan untuk pengalaman lancar

Dengan keselamatan pelbagai lapisan, AEON Bank memastikan keseimbangan antara perlindungan ketat dan pengalaman perbankan yang lancar, tanpa gangguan

*Mulai 17 Februari 2025, akses ke aplikasi AEON Bank anda mungkin disekat jika peranti anda dipecah sekat (jailbreak) atau diubah suai untuk memastikan keselamatan akaun anda

Anda waspada, anda selamat
Tingkatkan kesedaran tentang taktik penipuan terkini
Penipuan Macau

Scammer akan menyamar sebagai pegawai bank atau kerajaan melalui panggilan telefon untuk menipu anda supaya mendedahkan maklumat perbankan peribadi atau memindahkan wang ke akaun pihak ketiga.

Penipuan Pelaburan

Mangsa ditipu untuk memindahkan wang untuk pelaburan palsu dengan janjian pulangan menarik. Apabila mereka cuba mengeluarkan dana, mereka sama ada diminta untuk membuat pembayaran tambahan atau mendapati scammer tidak lagi dapat dihubungi.

Penipuan Cinta

Scammer akan menggunakan profil palsu untuk menipu mangsa dengan berpura-pura mencari hubungan romantik. Mereka secara beransur-ansur membina kepercayaan untuk memperdayakan mangsa supaya memindahkan wang ke akaun mereka atau mendedahkan butiran kad kredit

Penipuan Kerja

Mangsa dijanjikan pembayaran untuk menyelesaikan tugas dalam talian yang mudah, tetapi mereka dikehendaki menggunakan dana mereka sendiri sebagai modal. Scammer kemudian menuntut pembayaran tambahan untuk mengeluarkan pendapatan yang dijanjikan atau memutuskan hubungan sepenuhnya.

Penipuan E-dagang

Scammer akan menyamar sebagai penjual di platform e-dagang, memperdaya pembeli untuk membuat pembayaran untuk barangan yang hendak ditempah. Setelah pembayaran dibuat, penipu tidak dapat dihubungi.

Penipuan Pinjaman/Pembiayaan

Scammer memikat mangsa dengan tawaran pinjaman kadar rendah, kelulusan terjamin, dan tiada semakan kredit. Mangsa sering diminta untuk membayar yuran pendahuluan, tetapi pinjaman yang dijanjikan tidak akan disalurkan.

Penipuan SMS

Juga dikenali sebagai "smishing", scammer menyamar sebagai bank atau penyedia perkhidmatan dan menghantar mesej palsu untuk mencuri maklumat peribadi atau memperdaya mangsa untuk mengklik pautan berniat jahat.

Pemancingan data (Phishing)

Melalui e-mel, laman web, atau mesej palsu, scammer mencuri maklumat sensitif dari mangsa dengan menggunakan pautan dan butiran penghantar yang kelihatan sah.

Perisian hasad (Malware)

Perisian hasad menjangkiti peranti untuk mencuri data, merekod ketukan kekunci, atau membolehkan akses jauh, meletakkan kelayakan perbankan dan transaksi dalam risiko.

Kalau curiga, jangan percaya
Kenal pasti tanda amaran ini

AEON Bank tidak akan:

Minta kata laluan, nombor PIN atau OTP anda melalui telefon, e-mel atau SMS

Minta pindahan dana untuk "menjamin" keselamatan akaun anda

Minta untuk mengawal peranti anda dari jauh

Infographic

Bagaimana penipu beroperasi:

Menyamar sebagai pihak bank, penguatkuasa undang-undang atau agensi kerajaan untuk mendapatkan kepercayaan anda

Mendakwa akaun anda telah digodam dan mendesak anda untuk mengambil tindakan segera untuk mencetuskan panik

Menggunakan ugutan undang-undang dan mendakwa anda mempunyai bayaran tertunggak untuk mendesak anda mengambil tindakan

Infographic

Anda boleh tertipu hanya dengan:

Mengklik pautan yang mencurigakan dalam e-mel dan mesej

Melayan panggilan yang mencurigakan daripada penipu yang menyamar sebagai pihak berkuasa

Memuat turun perisian berbahaya daripada sumber yang tidak diketahui

Kongsi butiran peribadi dengan orang yang tidak kenali

Infographic

Lindungi data anda dengan cara berikut:

Laporkan melalui saluran rasmi kami sekiranya anda menerima panggilan/mesej yang mencurigakan mengenai akaun anda

Jangan klik pautan atau muat turun lampiran daripada sumber yang tidak diketahui

Rahsiakan maklumat peribadi dan perbankan anda

Kemas kini aplikasi dengan kerap untuk sentiasa dilindungi dengan ciri keselamatan terkini

Buat kajian anda sendiri untuk sentiasa cakna tentang taktik penipuan terkini

Infographic
Nak laporkan penipuan? Kami sedia membantu 24/7
Jangan panik. Hubungi Khidmat Pelanggan 24/7 kami di +603 - 4816 8888, atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di 997 dari 8:00 AM hingga 8:00 PM setiap hari
Soalan anda, dijawab

Apakah itu perisian hasad (malware), dan bagaimana ia boleh menjejaskan keselamatan perbankan saya?

Bagaimana saya tahu jika peranti saya telah dijangkiti perisian hasad (malware)?

Bolehkah perisian hasad (malware) mencuri maklumat perbankan saya?

Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki butiran perbankan saya telah terkompromi akibat perisian hasad (malware)?

Apakah itu keldai wang (money mule), dan mengapa ia menyalahi undang-undang?